Thursday, 6 October 2011

Aduhai Nuaym

Bismillah. 





Seperti biasa, ini adelah update tentang Nuaym. Haha. Macam Nuaym dah ade fan club pulak kan.


Nuaym kini dah setahun 9 bulan. Masih menyusu dengan aku, alhamdulillah. Malah Asiyah pun masih menyusu dengan aku. Alhamdulillah, susu belum kering. :)


Nuaym dah start bercakap sekarang. Punya petah sampai nak ikut semua benda yang aku cakap. Bahaya pun ada. hahaha. Kalau mama dengan walid dia tengah marah lah... -__-' Oleh itu pesanan kepada diri sendiri, sila tunjuk contoh yang baik. 


Anyway, semenjak kitorg pergi Korea hari tu. Naik satu ride kat Everland tu, ride tu ada air-air sikitlah. Basah jugak. Nuaym baru bangun tidur masa tu terus bawak naik ride tu, apelagi.. , Lepas aku tanya dia "nuaym takut ke?" dia terus tahu penggunaan "Takut".


Nila ride yg ada air tu

Tengok muka abg sebelum. 

Muka abg selepas ride. hihihi. Pening kepala, pusing2.

Ride yang lepas tu, ada air tapi tak takut, dia baru je nampak dia terus cakap, kakut! kakut! haha. Sebagai ibu of coursela aku sangat terkejut dengar die express perasaan dia, seronok pun ada. hehe.


Ride kedua yang dalam sampan, cantik! and very calm.


Selain takut, Nuaym dah pandai mengadu sakit atau dalam bahasa dia, kakit! haha. Jadi kalau nak perhatian, Nuaym akan pura-pura jatuh dan cakap "kakit! kakit!" serius kelaka.


tengah mengadu sakit


Naik kereta, dia akan baca doa. Tadah tangan lama-lama, lepas tu terus amin kuat-kuat. Doanye tak dengar pun, amin je kuat. hehe. Aku tengah ajar dia baca Bismilllah... -__-"


Nuaym juga pandai menyakat. Dia panggil bibik = nenek. Boleh tak!? Suka hati je tukar-tukar. Lepas tu kalau time tak menyakat, dia panggil pulak bibik. Cheh! Ikut sapalah pandai sangat menyakat ni. Lagi sorang, makcik miza aku, dia sepatutnya panggil tok cik tapi dia panggil nenek jugak! -__-" ***kalau kat penang, nenek = moyang***


Kalau panggil aku, mama, kalau tak dengar jugak, dia akan panggil ain. -__-'


Kalau panggil abg, papa, kalau tak dengar jugak die panggil abang.... T__T


Aduhai Nuaym...


Itu je lah update buat masa ni pasal Nuaym. Mak dia tak larat dah nak cerita. haha. Semoga u all terhibur tengok gambar anak teruna aku ni. Doakan dia menjadi anak yang soleh ye semua. 


Its such a good feeling to bring your child on this aerotrain, especially when you realise not all parents can afford to bring their child on this train.. Alhamdulillah.


Nuaym teruja 

Sleeping with style. Haha

Outstation sambil holiday bersama anak

Nuaym jumpa kambing. Takde kat Malaysia ni!

Tiru gaya Messi -__-" *mama die xajar pun tau*

Pororo! Nuaym start suka Pororo kat Korea.

Walking with all the freedom that he wants

saya nuaym. hobi saya makan. :D


-end-

1 comments:

teh panas & biskut tawar said...

Ain..dia tersgt cute..bila tgk muka dia..kalau nk stress boleh release..even melted when he smiled.huhuhu comellllll...

How Can We Help You

Name:
Gender Female
Male
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where Do You Live? KL, Selangor
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Perak, Penang, Kedah, Perlis
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Have you registered as a Herbalife Distributor in the past 2 years? Yes
No
Have you use Herbalife Products before? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose Weight
Gain Weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you

This online form was provided by Freedback.