Friday, 6 November 2009

The Royal Automobile Museum Of Jordan

Assalamualaikum,

Dari semalam lagi, sememangnya kami bercadang untuk melawat muzium kereta diraja. Disebabkan aku tak mahu rushing pergi rushing balik, kami pun pergi selepas solat jumaat, memandangkan sekarang musim sejuk, dan masuk waktu zohornya jam 11..

Muziumnya taklah menarik mana, aku pula bukanlah peminat kereta-kereta ni. Aku hanya suka berjalan-jalan, dan memandangkan muzium ini agak dekat, bolehlah. Weekend activity. :) Kulihat tak ramai pengunjung yang datang. Orang Jordan sendiri, maupun pengunjung luar negara.

Muzium ini hanya satu tingkat. Yalah, lebih mudah dan jimatlah untuk memindahkan kereta-kereta dengan bangunan yang setingkat ini. Dari pintu masuknya saja, memang jelas kelihatan lengang sekali muzium ini.


Kereta yang dipamerkan adalah kereta-kereta mewah yang digunakan oleh Raja Hussien, yang merupakan raja yang sebelum ini. Aku tak tahulah kenapa, aku tengok muka Raja Hussien ni macam sentiasa sedih je. (Banyak gambarnya dalam muzium ini...)




Antara kereta mewah milik raja. Aku pun dah tak pasti nama kereta-kereta ni.

Abang rajin membaca information-information yang tertulis pada setiap kereta, dan akan menerangkan kepada aku. :) Aku ambil gambar je lah.


Alhamdulillah, muzium ini menyediakan banyak kerusi. Merata muzium ada kerusi. :) Berapa kali aku duduk.

Satu-satunya kereta yang pengunjung boleh pegang..

Money exchange - konon-konon.. Mock up je. :)

Sebahagian area yang menunjukkan suasana ala-ala pekan dalam muzium ni. Siap dengan kedai-kedainya, lengkap dengan sound system!


Kereta lama. Lupa namanya. Cantik. kan?

Sejam lebih kami berjaya menghabiskan pusingan dalam muzium itu. Muzium tu pun tidaklah sebesar mana. Tak sempatlah lenguh kakiku. Walaupun aku tak minat dengan kereta-kereta dan enjin, tapi aku seronok meluangkan masa bersama semalam. Terima kasih abang! :)

Thursday, 5 November 2009

Coretan Harian Buat yang Jauh..

Assalamualaikum.. Ceritaku kali ini, hanyalah coretan harianku.. Jika tidak berminat, dengan segala hormatnya... tak usahlah baca. Apa yang ku coretkan khas untuk keluarga dan sahabat jauh di mata yang ingin tahu terbaru tentang diriku. Sekian Terima Kasih.

Selepas asar tadi, aku keluar menemani Marwah mencari barang di Sweileh Gharbi. Aku pun bersiap memakai sweater yang agak tebal, memandangkan cuaca sekarang dah mula sejuk. Mendadak pula sejuknya, tiada warning-warning... Bila aku turun bawah, perasaan 'macam panas je...' mula timbul. Aku tengok kanak-kanak arab ni semua pakai t-shirt je. Selapis pulak. Lengan pendek pulak! Budak-budak pun rilek je pakai baju biasa, aku kalut sangat pakai baju sejuk beriya-iya. Bila terjumpa Marwah, dia pun pakai baju agak tebal. :D heee.. takpelah. Sekurang-kurangnya beriya-iya pun berdua..

Kami berjalan tak lama. Selesai mencari barang keperluan, kami beli ais-krim masam yang famous di kalangan suri rumah melayu di Sweileh ni. Hehe. Melepaskan ngidamku padanya. Selepas itu kami mengambil Hanin di rumah Ummu Haitham. Laju sungguh dia bercakap. Aku cuba menangkap butiran yang keluar dari mulutnya, yang ku dapat perkataan arab yang bermaksud 'senang'. Banyak kali juga diulang perkataan itu. Aku pun tak pasti apa yang senang tu. Bila anaknya yang agak kecil, kukira umurnya mungkin 9 tahun, bercakap denganku, barulah ku rasa kurang sikit kelajuannya. Itu pun habis focus, aku perlu memandang mulutnya. Padahal yang ditanya nama ibuku, nama ayahku dan nama suamiku. Senangkan!? Selepas itu kami pun pulang.

Sampai di rumah, aku teringat mama! setelah sekian lama tak bercakap dengan mama, aku call mama dan bercakap selame 40minit. Puas hati~ Tetapi disebabkan masalah-masalah tertentu, tanpe mic, aku terpakse menjerit-jerit bercakap memandang skrin laptopku (untuk memastikan mama dengar..) Dan disebabkan insiden itu jugaklah, aku sedikit stress dan terus menghantar mesej kepada abang, mintak abg belikan mic dan headphone, dua dalam satu. Senang, bolehlah dua-dua bercakap dalam keadaan yang tenang dan aman. Tetapi rupanya aku mesej kat abang,...

'abang, on the way balik nanti jangan lupa belikan speaker ya!'

Abang reply menjawab. 'Speaker apa..?' ahaks... -_-* malu...

Aku pun menghantar semula mesej, membetulkan apa yang ku ingin dia belikan. Kali ini aku pastikan aku taip, mic dan headphone. Insyallah balik nanti dia tak bawak balik speaker.

Esok hari Jumaat, ada bundle di Abdali. Tapi aku masih berbelah bahagi nak pergi atau tidak. Yalah, baju baby aku rasa dah banyak tapi aku rasa yang banyak itu newborn size. Sekejap ajelah dia pakai nanti. Tapi aku rasa macam nak pergi tempat lain, sebab minggu lepas pun dah pergi. (walaupun minggu lepas tak beli baju baby pun,.. beli baju ibunya.. sebab semua baju sudah tidak muat!! huuuuu~ nervous pulak bila tengok semua baju tak muat...) Tak apalah, bundle Abdali bole pergi minggu depan, setiap minggu pun ada.. Barangnya pun tidak habis.

Sekarang masih menantikan kepulangan abang, aku dah mula rasa lapar. Akhir-akhir ini, aku food intake aku sangatlah banyak dan meningkat berkali ganda dengan makananku yang sebelum ini. Aku sangat kuat makan berbanding sebelum mengandung. Sudah tu, mengidam benda yang tiada.. Semasa awal pregnancy dulu, aku rasa tidaklah cerewet begini, di akhir-akhir ini lagilah pandai meminta.. dan mabuk.. Tak tahulah, bulan depan berapa pula badanku naik. Sama ada badanku, atau yang si kecil dalam kandunganku ini yang naik. :P

Disebabkan aku lapar, aku nak makan sekarang. Belakang pun dah sakit, duduk lama sangat menaip tanpa henti ni, dari tadi.

p.s - terima kasih kak ayu atas ihsan mee gorengnya. jasamu dikenang sampai bila2. hehe. (ihsan kak ayu kerana aku teringinkan mee goreng mamak... huhu.. )

Thursday, 22 October 2009

Cerita tiga minggu

Alhamdulillah, we manage to move to a new house after 2weeks or searching, Allah finally show us the way. Thanks to Mama and Abi Hanin, kami tak mampu nak membalas jasa kalian, May Allah bless you here and here after. Thank you so much. Rather than helping them meringankan kerja di rumah, aku yang hamil ini, menyusahkan lagi adalah! huhu.. Terima kaseh sekali lagi... And also, thanks to all yang terlibat dalam memindahkan barang kami. Bukan sikit-sikit, memang banyak dan berat pula. Sampai menggigil-gigil tangan.. Dua hari pula, sehari je tak cukup nak angkut semua barang, dari dua rumah pula. Satu lagi rumah tempat penyimpanan barang kami, ummi dan abinya uwais. Terima kasih banyak-kasih, semoga Allah memudahkan lagi jalan kalian. Di dunia dan akhirat. Tak terbalas jasa kalian.

Alhamdulillah, sudah 5 hari kami masuk ke rumah baru ini, semuanya sangat melapangkan dada. Aku dah boleh memasak, dan menguruskan rumah seperti biasa, termasuklah unpacking barang dari Malaysia yang sudah 2 minggu terperap di dalam beg. Walaupun banyak lagi barang belum selesai di'unpacking' kan, tetapi sekurang-kurangnya sudah separuh ku selesaikan.

Internet pun sudah dapat kami gunakan sepenuhnya, bermula dari semalam. Barulah aku boleh menghubungi keluarga di Malaysia. Adui,... baru 3 minggu dah rindu nak balik. Mungkin sebab makanan yang banyak varietynya di sana.. T_T

Satu lagi berita gembira, untuk keluargaku.. dan sahabat.. Dua minggu lalu aku dan abang berjumpa dengan Dr. membuat monthly check up, standard procedure la kan buat orang yang mengandung. Alhamdulillah, Dr. said baby is healthy. The mother pun healthy juga. :) Bergerak dengan aktif sekali dalam rahimku, dan seringkali memberi respon kepada apa yang aku katakan, mau pun kalimah yang keluar dari mulutku ataupun yang hanya terdetik di dalam hati. Pentingnya tindak tanduk si ibu dari si anak dalam rahim lagi.

Its a dry season now in Amman, everything dry so quickly. Sidai baju pun cepat kering. Even my lips and my skin also dry. Never dehydrated dengan kadar segera macam ni, nak senyum pun mulut. Kena hadkan kelebaran senyuman dah.

Since im getting dehydrated now.. Im going to get some water. till then. dah puas burst outkan semua cerita secara suka hati dan tidak tersusunnya seperti di atas, aku perlukan rehat. penat. huhu.

Sunday, 27 September 2009

Persediaan

Assalamualaikum,

dua hari lagi, aku akan berangkat semula ke Jordan. Susah juga hatiku, rumah belum ada(terpaksa lah susahkan mawah dan sagol..), barang-barang penuh menyemak umah kak ayu dan ust najib (Jasa kalian kami kenang smpai bila-bila..) sampai nanti kena cari rumah, pindah pula. Banyak betul kerja. Semoga Allah memudahkan kami. Amin~

Hari ni dari pagi sampai petang aku mengemas barangku, selalunya aku tidaklah mengambil masa yang lama begini untuk packing, tetapi kali ni boleh dikatan kepala otakku agak kosong dari biasa. Aku blur. Nak mula dari mana pun tak tau, nak tunggu abang kemaskan, aih.. takkan semua nak harap cik abang? Jadi, aku pun memaksa juga diriku mengemas tadi. Sampaikan aku teramat blur la tadi, dari mengemas tetiba aku pergi basuh bilik air. (kene marah dengan mama of coz~ chemical sabun cuci tandas can harm the baby! kata mama.. aku tak nafikan sebab lepas tuh aku rasa macam nak demam...)Hoho. Akhirnya berjaya jugalah mengemas sedikit barang-barang kami tu. Nampak lapang jugalah bilik tu.

Nasib baik ada Muaz, dialah yang tolong aku angkat-angkat segala jenis barang. Nak bangun duduk pun kerja dia, aku memang duduk sajalah! Itu pun dah sakit pinggang. Ikutkan, banyak lagi barang yang belum aku beli. Tetapi mana nak lengkap kan. Kalau tak sempat cari sini, cari ajelah kat Jordan, walaupun mungkin akan jadi lebih mencabar... dan kalau tak mencabar jadi agak mahal. huhu.

Dah cukup lamalah aku berehat ni. Nak sambung kerja. Buat sahabat-sahabat di Jordan, kami punye flight hari rabu, jam 2.00 pagi. lebih kuranglah selasa malam. Doakan kami selamat ye. :) jumpe di sana! hehe.

wassalam.

Wednesday, 2 September 2009

Merangau



Assalamualaikum,



Beberapa hari yang lalu, abah dan mamaku mengajak aku, ahmad dan muaz menemankan mereka. Aku pun dah lupa kami ke mana hari itu, tetapi itu bukanlah apa yang aku nak ceritakan hari ni.



Semasa tu kami dalam kereta, di atas Jalan Ampang, menuju ke rumah yang terletak di Setiawangsa. Abah lupa nak tukar gear kebetulannya, jadi keretanya pun berbunyi semacam. Sememangnya aku adalah perempuan yang tak berapa perasan perubahan-perubahan kecil kat kereta, huhu..



"Eh! Abah lupa nak tukar gear! Patutlah kereta abah merangau-rangau!"



Pada mulanya, aku fikir, abah ber'kurapak' Brunei, (memandangkan abah mempunyai keturunan Brunei, dan hampir suku keluarganya warga negara Brunei..) Jadi aku pun buat tak tahu ajelah. Semua orang dalam kereta pun macam tu walaupun kami tak pernah dengar perkataan tu sebelum ini.



Rupanya abah nak cakap kereta abah meraung, tapi dia cakap merangau! Haha! Sampai sekarang pun aku guna perkataan tu walaupun tak ada dalam kamus :p ape-ape pun aku sayang abahku~ :D

Saturday, 29 August 2009

Sekian lama.

Assalamualaikum..

Setelah sekian lamanya aku tak menulis. Aku pun da agak-agak keras nak menulis. huhu. Buat pengetahuan sahabat-sahabat semua, pada 19 Julai, tatkala aku, abang dan semua ahli keluarga pergi majlis pertunangan anak kepada Mami (seorang dari makcik abang), rumahku di Setiawangsa ni telah dipecah masuk. Dianggarkan dari jam 5.30petang-7.30 petang. Dalam masa dua jam itu, mereka sempat mengopak (tak pasti sesuai ke perkataan ni) dua buah pintu rumah ku, sampai dah tak boleh nak kunci balik, dan mengambil 2 buah laptop Compaq (milikku dan abang T_T) dan sebuah laptop iMac, dan sebuah beg galas yang dah taklah berapa lawa sangat milik abang, untuk mengisi laptop-laptop tadi. Barang-barang lain tak pula menarik perhatiannya, aku tak pasti mengapa. Mungkin mereka ni professional laptop stealer kot.

Disebabkan kejadian ini, aku agak malas nak berinternet. Seperti dah patah kaki, ada satu je pc tinggal kat rumah ni, (alhamdulillah..) sudahnya, aku pun malas nak berebut-rebut dengan ahli keluarga yang lain. Kalau online pun, aku tengok-tengok email, perkara penting, sebab aku akan menghadap skrin ni tak lebih dari 20minit.

Seminggu selepas kejadian pecah rumah ini, kami sekeluarga dilanda demam. Alhamdulillah, aku demam dua hari sahaja, dan sudah pun sihat kini. Dengan influenza H1N1 yang berleluasa, aku dikuarantin lebih lama dirumah, kerana khuatirkan kandunganku. Lebih-lebih lagi apabila, golongan ibu mengandung ini dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi. Bak kata ina, adikku.. "Kalau letak virus H1N1, pastu letak lima orang, sorang diebetes, obese, ibu ngandung, orang sihat dan orang lelah, yang mati pertama sekali orang diebetes, pastu orang obese, pastu ibu ngandung pastu orang lelah pastu baru orang yang sihat tu," eheh.. nombor tiga mati.. Jadi perlulah berjaga, dan kurang berjalan-jalan di tempat keramaian. Kalau keluar pun lengkap dengan penutup hidung dan mulut, (ina suruh pastikan jenisnya N95) dan sanitizer.

Pada 1 Ramadhan pula, tatkala aku dan keluarga baru je lepas berbuka puasa di kampung, tetiba kami menerima satu panggilan dari jiran mengatakan, rumah dipecah lagi. Kelam-kabut jugalah kami balik rushing dari penang ke KL. Bertolak pun dah jam 10, sampai jam 2. Kali ini pintu lain pula. Setelah kami meng'improve'kan security system kat rumah ni, Alhamdulillah, dengan izin Allah, pemecah2 rumah ni gagal nak masuk pula kali ini, pintu je yang pecah. Mereka juga ada tinggalkan bahan bukti, (aku pelik kenapa mereka sangat cuai, mungkin kerana doa-doa yang dibaca sebelum balik kampung hari tu) iaitu dua batang skrudriver dan dua plastik makanan. Aku agak mereka ni baru pulang dari bazar ramadhan. Kami juga ada saksi mengatakan, pemecah rumah kali ini dua orang, berbangsa india, seorang gemuk dan seorang lagi kurus, dan gambar mereka juga sempat dirakamkan dan telah pun diedarkan kepada polis, jiran dan pak guard perumahan ni. Dari saksi, mereka mulanya datang jam 12 tengahari, setelah gagal membuka pintu, cermin pintu pula pecah, bunyi bising dan menarik perhatian orang untuk melihat apa yang berlaku, since sebelah rumahku ada rumah pangsa, dan jiranku dari rumah pangsa itulah yang nampak mereka. Pada jam 7.30ptg, tatkala semua muslim sedang berbuka puasa mereka datang lagi, mungkin tak puas hati tak dapat masuk, Alhamdulillah, Allah telah takdirkan jiranku yang sama terlihat mereka dan menjerit. Aku tak pasti apa yang dijeritkan, tetapi mereka lari dan tak jadi nak masuk. Alhamdulillah...

Dari peristiwa ini juga, seorang dari jiranku, yang tak pernah ku kenali, telah menjadi kenalan bagi kami keluarga. Aku sempat juga terfikir, mungkin Allah ingin menghadiahkan kami sahabat dunia akhirat dari ujian ini. :) Semoga Allah memberi kami kekuatan dengan ujian yang diberikan ini.

**cukuplah entri kali ini, aku dah letih, nanti aku masukkan cerita lagi best. :D wassalam.

Sunday, 28 June 2009

Kisah Aku dan Sarah


Assalamualaikum,

Hari ini aku ingin bercerita tentang Sarah. Aku ada ramai insan bernama Sarah dalam hidupku. Sarah pertama, Siti Sarah, yang merupakan kawan baikku di sekolah dulu. Belangkaslah! Sarah yang kedua, merupakan kawan baikku juga, tetapi di PLKN. Alhamdulillah, aku masih berhubung dengan keduanya, through Facebook, Blog dan etc..

Tetapi hari ini aku nak cerita tentang Sarah yang berusia 3 tahun, yang masih memakai gaun kecil berjalan-jalan, yang beratnya ku kira baru berbelas-belas kg.. dan tingginya belum pun semeter..

Sarah datang ke rumahku suatu petang sambil membawa buah berries. Aku selalu kagum melihat, memang buah-buahan menjadi snacknya, berbanding dengan kanak-kanak lain yang menggemari coklat, gula-gula dan makanan ringan lain yang kurang nutrisi. Gadis kecil itu membawa bekalnya yang berisi berries menuju ke ruangan terbuka di rumah kami, (taklah terbuka sangat, bumbung aje yang transparent supaya cahaya banyak boleh menerangi rumah)

Ada akuarium, yang didiami 4 ekor ikan. Sarah sangat teruja melihat ikan-ikan itu berenang pantas. Aku cuba memancingnya berbual.

Aku : Sarah makan apa?

Sarah : Berri.

Aku: Beri ke ni? Bukanlah, ini buah pisang. (aku sengaja mengusiknya, geram!)

Sarah : (Muka yakin) Bukanlah! Ini beri. Bukan Pisang.

Aku : Yeke? Ni bukan Durian?

Sarah : Bukan!

Aku : Bukan Tembikai?

Sarah : Bukanla!

Aku : Bukan Cempedak?

Sarah : (Memandangku dengan garang) Bukan cempedak, bukan betik, bukan epal, bukan oren!


terkejut aku. Marah rupanya. Nak tergelak pun ada. Budak 3 tahun menjawab macam tu. Mesti dia fikir, dia ni tak belajar buah-buahan ke kat sekolah? Haha. Petang ini aku dan keluarga akan melawat Mak Cik Ani dan Pak Cik Mi, atuk dan neneknya Sarah. Untung-untung bolehlah aku berjumpa dengannya petang ini, pasti sudah banyak perkara yang dipelajari, dah pasti da semakin tinggi setelah 4 bulan tidak berjumpa!



Sarah dan mama


Sarah pun nak kahwin!